sukan

Sebak Dihati Selepas Di anugerahkan Terbaik

Air mata striker negara, Faisal Halim tumpah selepas dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan antara Malaysia men3ntang Turkmenistan pada aksi pembukaan Kumpulan E pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Pemain berusia 24 tahun itu layak dianugerah pemain terbaik itu selepas tenang menjaringkan gol kedua Harimau Malaya pada minit ke-15.

Malah, tindakannya meniru gaya striker tersohor, Cristiano Ronaldo meraikan jaringan itu turut mencuri tumpuan penyokong di stadium.

Saya sebak kerana ini adalah jaringan pertama saya dalam aksi tertinggi bersama Malaysia.

“Saya hendak ucap terima kasih kepada rakan, keluarga dan penyokong yang memberi sokongan kepada kami,” katanya.

Dalam aksi itu, Safawi Rasid terlebih dahulu meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-10 sebelum Faisal mel3dak gol kedua empat minit kemudian.

Annadurdyyev Altymyrat mengurangkan defisit pada minit ke-37 namun Corbin Ong mengembalikan kelebihan dua gol buat Malaysia di penghujung babak pertama.

Sementara itu, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui bangga dengan persembahan yang diperagakan anak buahnya.

Saya bangga dengan aksi mereka. Malah mereka berhak dengan kemenangan ini.

sumber:- BH

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong terutama Ultras Malaya,” katanya.