sukan

Terkini: TMJ sah tinggalkan JDT dengan sebab tertentu

Arena bola sepak tempatan ‘bergoncang’ selepas pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu.

Perkembangan itu disahkan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor itu menerusi satu hantaran di Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata Tunku Ismail.

Keputusan yang diambil Tunku Ismail itu jelas mengejutkan penyokong namun berdasarkan maklum balas di media sosial, ia dipercayai berkait rapat dengan pentadbiran negeri Johor.

Malah, ada yang mengatakan Tunku Ismail masih kekal sebagai pemilik namun hanya menyerahkan pengurusan kelab kepada mereka yang sudah berada dalam pasukan itu.

Sebagai rekod, Tunku Ismail menjadi watak penting dalam mentransformasikan pasukan itu sehingga berjaya menjadi pasukan gergasi dalam kancah bola sepak tempatan.

Deretan kejuaraan liga tempatan dan piala domestik berada dalam kabinet Harimau Selatan antaranya lapan kejuaraan Liga Super berturut-turut, dua Piala Malaysia dan satu Piala FA.

Bukan setakat jaguh di laman sendiri namun mereka juga berjaya mencipta reputasi tersendiri di pentas Asia apabila mencipta sejarah menjuarai Piala AFC pada 2015.

sumber:- BH

Mereka terus menempa sejarah apabila menjadi pasukan pertama dari Malaysia melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada musim ini.