sukan

Babak Kedua Kurang Memuaskan

NOVEL ‘Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde’ mungkin tidak asing bagi rakyat Malaysia memandangkan hasil nukilan Robert Louis Stevenson itu pernah ‘dib3dah’ pelajar sekolah bagi subjek Bahasa Inggeris.

Namun bukan novel itu yang mahu dibincangkan tetapi istilah ‘Jekyll and Hyde’ kerana elemen ini diterjemahkan oleh barisan pemain negara ketika aksi pertama Kumpulan E men3ntang Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Frasa ‘Jekyll and Hyde’ merujuk kepada situasi yang memperagakan dua sisi berbeza dan frasa itu tepat untuk merumuskan aksi 45 minit pertama dan 45 minit kedua pemain Harimau Malaya pada pertembungan itu.

Segala-galanya ‘perfect 10’ khususnya 25 minit pertama yang menyaksikan pemain negara beroleh dua gol awal menerusi Safawi Rasid di minit ke-10 dan Faisal Halim (m15) selain aksi bertenaga yang menekan Turkmenistan dengan tidak membenarkan mereka memegang bola.

Namun memasuki minit ke-35, Malaysia mula perlahan dan tiada angin tiada ribvt, Turkmenistan beroleh gol pertama susulan kesil4pan pertahanan dan gol itu mungkin menjadi pemangkin semangat mereka jika tidak dip4dam gol La Vere Corbin Ong di hujung babak pertama.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan apabila Malaysia hanya ‘bermain betul-betul’ pada 45 minit pertama kerana 45 minit kedua berlangsung dalam keadaan yang mengecvtkan perut pemain serta penyokong juga.

Malaysia masih mencipta beberapa peluang pada separuh masa kedua namun apa yang berbeza adalah kerana kita turut memberi ‘talian’ hayat kepada Turkmenistan di mana mereka berjaya melancarkan beberapa percubaan.

Mujurlah pemain Turkmenistan tidak begitu ‘taj4m’ dan mungkin tidak berada dalam keadaan yang terbaik untuk benar-benar menghvkum Malaysia jadi gawang Malaysia terselamat.

Sama ada memang itu pendekatan Kim Pan Gon untuk bertahan mempertahankan kelebihan dua gol ataupun skuad negara kembali kepada ‘factory res3t’ – sesiapa pun pasti mengatakan babak kedua tidak sebaik babak pertama.

Cuma ‘bola sepak 45 minit’ ini pasti diintai sebaiknya oleh Bahrain dan sekiranya aksi babak kedua yang disajikan Malaysia malam esok, ia sekadar menjemput Bahrain untuk melakukan ‘kemusn4han’.

Harus diingat Bahrain tidaklah ‘baik hati’ seperti Turkmenistan – mereka berada 65 anak tangga di atas Malaysia sekali gus mencerminkan jur4ng kualiti antara pemain negara dan pemain yang menghuni ranking ke-89 dunia itu.

Jika Bahrain dihidangkan dengan der3an peluang seperti yang diberikan kepada Turkmenistan, nasib berbeza pasti dialami skuad negara dan ini tentunya meranapkan misi tujuh mata Pan Gon.

sumber:- BH

Tetapi seandainya pemain negara dapat tampil dengan versi 45 minit pertama dan dapat diteruskan untuk baki 45 minit kedua, bukan setakat satu tetapi mungkin juga tiga mata dapat diraih skuad negara.