sukan

Disebalik Tempoh 20 Minit

Tempoh 20 minit awal di babak pertama dianggap ‘superb’ apabila segala gerakan dan perancangan menjadi untuk memerangkap lawan sekali gus meraih dua gol dalam tempoh singkat itu.

Ia diakui tonggak sayap negara, Faisal Halim yang tidak menyangka skuad Harimau Malaya mampu meraih dua gol dalam tempoh itu sebelum ia dinoktahkan dengan kemenangan 3-1 ke atas Turkmenistan, malam semalam.

Hari ini (malam tadi) serba menjadi, apa yang boleh dikatakan semua yang kita buat menjadi.

“Saya memang tak sangka rakan sepasukan dapat menjayakan perancangan jurulatih dengan baik malam ini,” katanya pada sidang media selepas aksi pertama Kumpulan E dalam saingan Kelayakan Piala Asia, di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Dalam aksi itu, dia turut meledak satu gol pada minit ke-16 dengan Safawi Rasid (m-11) dan Corbin Ong (m-46) turut mel3dak.

Malah, sejurus tamat aksi berkenaan, Faisal yang juga pemain Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia turut diumum sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

Ditanya tentang perasaannya selepas mel3dak gol itu yang juga jaringan keduanya di pentas antarabangsa, dia mengakui ia adalah hasil bantuan dan kerjasama rakan sepasukan.

Sebenarnya perkara ini datang daripada semua pihak bukan hanya seorang pemain, semua perlu jalankan tanggungjawab masing-masing.

sumber:- HM

“Saya bangga dengan rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan kerana kerja keras selama ini membantu kejayaan kita malam ini,” katanya.