Jodoh strik3r import dari Ghana, Kossi Adetu bersama pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) berakhir apabila khidmatnya ditamatkan lebih awal oleh pengurusan kelab berkenaan.
Pihak NSFC dalam kenyataan menjelaskan kelab itu menamatkan khidmat Adetu, 26, pada sesi perpindahan kedua pemain yang sedang berlangsung.
Pihak NSFC ingin merak4mkan ucapan terima kasih kepada penyerang, Kossi Adetu atas segala khidmat dan jasa sepanjang bermain bersama NSFC.
“NSFC dan Kossi Adetu mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan perkhidmatannya lebih awal bagi saingan musim 2022. Terima kasih, Kossi,” kata kenyataan itu, hari ini.
Adetu antara lima pemain import bersama skuad Hobin Jang Hobin musim ini selain Matheus Alves, 28, dari Brazil, Herold Goulon, 33, (Perancis), David Gordon Mawutur, 29, (Tajikistan) dan Amid Nazari, 30, (Filipina).
Penamatan khidmat itu menjadikannya pemain import pertama disingklrkan menerusi sesi perpindahan kedua pemain musim ini.Bagaimanapun, belum diketahui pemain import lain yang bakal menggantikan posisi ditinggalkan Adetu.
Negeri Sembilan yang dibimbing K Devan kini di tangga ketiga Liga Super selepas mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan satu tewas dalam lapan perlawanan.
Saingan Liga Super dit4ngguhkan buat sementara bagi memberi laluan kepada skuad Harimau Malaya menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023.
sumber:- HM
Skuad NSFC bakal men3ntang Melaka United FC di gelanggang lawan pada 18 Jun ini sebelum menanti kunjungan Sri Pahang FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 25 Jun.