Semasa sukan

Jurulatih Bahrain tidak percayakan Pan-Gon

Pengendali Bahrain, Helio Sousa tidak mahu terper4ngkap dengan hel4h lawan yang hanya berhasrat untuk mengikat mereka apabila anak buahnya turun men3ntang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Jelas jurulatih yang berasal dari Portugal itu, beliau tidak percaya dengan kenyataan pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang menyasarkan untuk memungut satu mata daripada aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia itu.

Katanya, beliau yakin tuan rumah mahu memburu kemenangan dan Sousa mengingatkan pemainnya agar berhati-hati sepanjang aksi itu nanti.

Sudah pasti mereka (Malaysia) mencari kemenangan, mereka boleh kata kepada kamu (penyokong) hanya nak seri, tapi sebenarnya nak menang, dan itu pasti.

Tidak ada seorang pun mahu memulakan aksi tanpa mencari kemenangan. Sasaran positif perlu diletakkan dari awal, kalau tidak motivasi pemain akan terganggu.

“Walaupun mungkin dari awal seperti sukar, tetapi jika sasaran awal tidak betul ia akan jejaskan keseluruhan pasukan. Saya yakin Malaysia mahukan kemenangan dan kami perlu bersedia,” kata bekas jurulatih skuad remaja Portugal itu.

Bahrain dilabel sebagai pasukan pilihan dalam pertemuan malam esok berdasarkan kepada kedudukan ranking yang cukup tinggi di tangga ke-89 dunia berbanding Malaysia 154.

Begitupun, Sousa tidak melihat perbezaan ranking itu sebagai jaminan kemenangan mudah mampu diraih apabila mengakui tuan rumah juga berpotensi untuk mengejutkan Bahrain.

Menurutnya, kelebihan Malaysia beraksi di depan penyokong sendiri yang dianggap sebagai pemain ke-12 bakal memberi ancaman terbesar dan ia dapat dilihat ketika tuan rumah membenam Turkmenistan 3-1 dalam aksi pertama Rabu lalu.

“Pasukan Malaysia memang kuat ketika menentang Turkmenistan dan kita dapat lihat keputusan selepas aksi itu berakhir.

Mereka menggunakan sebaiknya kelebihan di depan penyokong Malaysia dengan sokongan yang amat fantastik diberikan menjadikan seolah mereka bermain dengan 12 pemain.

“Situasi itu memberi kelebihan dan melonjakkan semangat pemain walaupun mungkin kami dianggap pasukan lebih baik,” katanya.

sumber:- HM

Bahrain kini turut menghimpun tiga mata selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh pada aksi pertama sebelum ini.