PUTRAJAYA: “Kita belum dapat melahirkan pemain seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo lagi tetapi usaha tetap akan diteruskan bagi melahirkan seberapa banyak pemain bertaraf antarabangsa.
Itu antara jawapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) selepas lapan tahun penubuhannya.
Beliau berkata, biarpun masih belum menghasilkan kejayaan yang besar namun ada beberapa perkara p0sitif yang diraih menerusi program berkenaan yang menyaksikan kebolehpasaraan pelatih daripada Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) adalah 100 peratus dengan mereka ditawarkan kontrak untuk bersama kelab dan pasukan di seluruh negara.
Isvnya sekarang adalah masa bermain mereka selepas disunting atau menandatangani k0ntrak dengan kelab. Ini sebenarnya bukan lagi peranan kami, sebaliknya ia menjadi peranan kelab.Apabila seseorang pemain itu pada asalnya ketika berusia 13, 14, 15 dan 16 tahun dilihat sebagai bintang negara tetapi selepas berumur 17 tahun mewakili kelab tidak cukup waktu bermain dan sebagainya sehingga menyebabkan prestasinya menurun, saya fikir tidak sesuai untuk saya menvding jari kepada jurulatih AMD.
Ia adalah subjektif. Namun, pada akhirnya saya yakin dan percaya tiada kelab mahu ros4kkkan pemain dan begitu juga kami,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Detik 100 Hari Sukan Malaysia 2022 di sini, hari ini.
BH Sukan menerusi Laporan Khas, hari ini melaporkan Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim menyifatkan NFDP sekadar program untuk mengadakan aktiviti bola sepak tetapi tidak memasuki tahap untuk memajukan bola sepak.
Beliau diminta mengulas mengenai ‘t3mpias’ yang dialami program elit bola sepak negara itu susulan keg4galan skuad remaja negara dalam tiga pertandingan tahun ini.
sumber:bh
Skuad Bawah 23 tahun tahun (B-23) yang rata-ratanya dibarisi produk PPBN g4gal melakar prestasi member4ngsangkan pada Kejuaraan AFF B-23 di Kemboja, Sukan SEA di Hanoi serta Piala Asia B-23 di Uzbekistan.