Tidak boleh kalah di tangan Bahrain!
Itu mesej yang cuba disampaikan pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam Kumpulan E kempen kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
Enggan memikirkan pasukannya perlu seri atau menang, pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan perkara paling penting adalah meraih mata pada perlawanan g3tir itu.
“Secara taktik4lnya mendapatkan mata adalah sangat penting, sama ada satu mata atau tiga mata. Kami akan menggunakan strategi dan taktik4l untuk mendapatkan mata, itu yang paling penting,” katanya pada sidang media, hari ini.
Malaysia dan Bahrain kini berkongsi tiga mata di kedudukan dua teratas kumpulan selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing pada aksi pertama sebelum ini.
Berdepan pasukan Bahrain yang menghuni tangga ke-89 dunia, ia memaksa tanggungjawab lebih besar perlu dipikvl anak buah Pan Gon untuk meneruskan rentak kemenangan selepas menundukkan Turkmenistan 3-1, Rabu lalu.
Namun, kelebihan beraksi di laman sendiri dan dibantu pemain ke-12 iaitu penyokong, ia pasti menjadi kekuatan buat Harimau Malaya yang berada di ranking 154 dunia untuk mencipta kejvtan bagi mencerahkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia tahun depan.
Malah, Pan Gon sekali lagi men4gih sokongan lebih padu daripada seluruh penyokong untuk membantu Harimau Malaya dalam misi menjinakkan Bahrain.
Katanya, pasukannya juga sudah bersedia untuk berdepan Bahrain walaupun menjangkakan aksi yang amat suk4r terpaksa ditempuh pemainnya.
Kami menghormati Bahrain sebagai pasukan yang kuat di Asia, banyak kali layak ke pusingan akhir Piala Asia. Tapi kami mempunyai jalan kami sendiri untuk mencari kemenangan dan kami akan berjuang.
sumber:- BH
“Saya percaya ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar kerana kualiti dan pengalaman mereka. Tapi saya boleh katakan kami bersedia dan pemain juga memiliki mentaliti yang kuat,” katanya.