sukan

Bangladesh juga buktikan mereka bukan biasa-biasa

Turkmenistan menyalakan harapan mereka untuk memburu tiket ke Piala Asia 2023 selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Bangladesh pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, petang tadi.

Pasukan berkenaan tidak menunggu lama untuk mendahului apabila penyudah Annadurdyyev Altymyrat menjadikan kedudukan 1-0 seawal minit ketujuh dalam saingan bagi Kumpulan E itu.

Ini adalah jaringan kedua buat striker itu dalam kempen kelayakan selepas turut mel3dak gol tunggal pasukannya ketika tewas 1-3 di tangan Malaysia, Rabu lalu.

Kedudukan 1-0 buat Turkmenistan hanya bertahan lima minit selepas Mohammad Ibrahim mengikat kedudukan buat Bangladesh pada minit ke-15.

Amanov Arslan memberikan keceriaan buat Turkmenistan selepas striker gantian itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77.

sumber:- BH

Selepas ini, Turkmenistan akan menutup kempen kelayakan berdepan Bahrain sementara Bangladesh bertemu Malaysia.