sukan

Carilah pengganti jurulatih Segera

Barisan kejurulatihan baharu skuad bawah 23 (B-23) tahun negara perlu dibentuk segera bagi menghadapi cabaran lebih getir menjelang Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula tahun depan.Malah, pelantikan jurulatih baharu menggantikan Brad Maloney harus menggunakan falsafah permainan bola sepak sama seperti dipraktikkan skuad senior di bawah bimbingan Kim Pan-gon ketika ini.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa, pelantikan segera barisan kejurulatihan baharu B-23 harus dilakukan dengan teliti sambil calon berkenaan sedia mengamalkan falsafah permainan skuad utama.

Dulu bila skuad senior gagal akan adanya perubahan besar-besaran dalam skuad itu, tetapi ia agak berbeza apabila membabitkan skuad di bawah seperti B-23, B-19 dan lain-lain.

Apabila skuad B-23 gagal menyerlah di Piala Asia, saya fikir FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) harus melantik set jurulatih baharu yang mengikut acuan pasukan senior.

“Kena cari jurulatih luar yang boleh terapkan elemen permainan sama supaya ada kesinambungannya apabila mereka menyertai skuad senior selepas itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu lagi, beliau tidak bersetuju jika penolong jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente dilantik membimbing pasukan B-23.

Menurutnya, perkara itu tidak boleh dilakukan kerana ia akan mengganggu skuad senior dan perancangan Pan-gon nanti.

Tetapi FAM kena lantik jurulatih lain yang tetap gunakan falsafah sama.

“Jangan jadikan isu bajet sebagai halangan, kalau nak berjaya di peringkat antarabangsa, duit bukan masalah. Mereka kena fikir dan bijak menguruskan kewangan dengan meletakkan kepentingan pasukan sebagai keutamaan daripada hal-hal lain,” katanya.

Sebelum ini, skuad Harimau Muda negara bukan saja pulang dengan tangan kosong di Sukan Sea Hanoi, Vietnam, malah gagal menyerlah di Piala Asia B-23 di Uzbekistan apabila tewas semua aksi peringkat Kumpulan C.

sumber:- HM

Anak buah Maloney tumbang 1-4 di tangan Korea Selatan dalam aksi pertama, sebelum rentak sumbang diteruskan ketika menentang Thailand (0-3) dan Vietnam (0-2), sekali gus gagal meraih sebarang mata.

© 2022 Info Terk