sukan

Disebalik Kekalahan ini Harimau Malaya terpaksa Akur

Malaysia memilih laluan sukar untuk ke Piala Asia 2023 selepas tewas 1-2 kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Kekalahan di tangan pasukan ranking ke-89 dunia itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan.Hanya lima naib juara terbaik akan beroleh slot automatik ke saingan Piala Asia tahun depan.

Beraksi dalam keadaan padang yang bec4k jelas memberikan kelebihan kepada Malaysia yang memperaga aksi lebih garang pada babak pertama ketika Bahrain bergelut.

Bahrain cem4s dalam lima minit pertama selepas skuad Harimau Malaya melancarkan beberapa percubaan bertalu-talu untuk menguji gaw4ng kawalan Sayed Mohamed Abbas.

Bermula dengan percubaan Akhyar Rashid pada minit ke-2, disusuli peluang terbaik dimiliki Junior Eldstal minit ke-4 namun diselamatkan Sayed sebelum percubaan Nazmi Faiz Mansor dalam kedudukan yang baik ters4sar seminit berselang.

Sekali lagi peluang terhidang buat Malaysia pada minit ke-14 menerusi situasi kel4m k4but di depan gol hasil sepakan percuma namun bagaikan tiada tuah, remb4tan Junior kali ini melambung tinggi.

Sayed terus cemerlang ‘menutup’ pintu golnya dan walaupun berdepan Akhyar dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-30, Sayed berjaya membaca percubaan peny3rang negara apabila menepis rembatan pemain itu.

Bahrain menyambung pertarungan pada babak kedua menerusi satu percubaan ‘manja’ daripada Komail Hasan Al Aswad namun tenang bola didakap oleh Farizal Marlias.

Stadium Nasional Bukit Jalil bagaikan mahu runtuh pada minit ke-55 apabila hantaran silang Ahmad Khuzaimi Piee daripada sebelah sayap kiri disudahkan Mohamadou Sumareh untuk gol pembukaan skuad Harimau Malaya.

Bagaimanapun, ‘disangkakan pan3s hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Kedudukan 1-0 hanya bertahan dua minit apabila Ali Haram mengikat kedudukan buat Bahrain untuk gol kedua peribadinya pada kempen kelayakan kali ini.

Kesilapan Farizal yang menerjah pemain Bahrain pada minit ke-80 mengundang padah apabila Bahrain dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan Abdulla Yusuf Helal untuk gol kemenangan Bahrain.

sumber:- BH

Bahrain dipaksa bertahan sehingga ke minit akhir permainan, pemain Malaysia terus menekan namun terpaksa akur tew4s kepada Baharain