Penggvguran daripada senarai akhir 23 pemain skuad kebangsaan tidak mematahkan semangat Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, sebaliknya dia mengakui akan terus bekerja ker4s untuk memperagakan aksi cemerlang bersama PJ City FC.
Penjaga gol berusia 26 tahun itu tetap menganggap peluang membarisi skuad kebangsaan belum tertutup sepenuhnya sekali gus mahu memanfaatkan aksi Liga Super untuk kembali mencuri perhatian dan membantu pasukannya.Saya rasa kecewa juga apabila tidak dapat bersama 23 pemain yang lain tetapi saya anggap masih tiada rezeki. Jadi saya perlu fokus kembali untuk aksi bersama kelab
Ini yang paling penting kerana saya perlu beraksi dengan lebih baik supaya terus berpeluang dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan.
Tetapi saya belajar banyak perkara ketika bersama skuad kebangsaan. Contohnya cara latihan sebagai penjaga gol, kami lebih banyak membiasakan bola di kaki kerana jurulatih lebih menekankan daripada bawah.
Saya akan cuba buat perkara sama apabila bersama PJ City FC dan dengan corak latihan bersama pasukan, saya optimis ia akan menjadi lebih baik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pemain kelahiran Kelantan itu tidak mahu mengambil mudah dalam setiap aksi yang akan diharungi memandangkan dia sudah dibolosi 10 kali dalam tujuh perlawanan.
sumber:- BH
“Pemain pun sudah tahu di mana kesilapan yang dilakukan sebelum ini jadi memang kita fokus pada kelem4han terbabit. Tempoh rehat yang lama memang cukup untuk persiapan pasukan dan lakukan apa yang sepatutnya untuk pasukan lebih berwaspada,” katanya.