sukan

Kehadiran Penyokong Harimau Malaya naikkan semangat pemain

KUALA LUMPUR: Menjelang kira-kira empat jam sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain malam ini, perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, masih lagi ‘tenang’.

Tinjauan BH pada jam 4.30 petang tadi mendapati belum ramai penyokong skuad Harimau Malaya yang hadir namun kelib4t penyokong dengan jersi kuning hitam sudah dapat dikesan di sekitar luar perkarangan venue perlawanan.

Kebanyakan penyokong hanya ‘bersid4i’ dan berkumpul di luar perkarangan stadium sekalipun boleh memasukinya untuk menyaksikan aksi sebelah petang membabitkan Bangladesh men3ntang Turkmenistan.

Kehadiran yang disifatkan rendah pada sebelah petang tidak meris4ukan berdasarkan trend penyokong yang gem4 hadir sekitar dua jam sebelum perlawanan dimulakan pada jam 9 malam nanti.

Dengan perlawanan yang berlangsung pada hujung minggu, kehadiran untuk aksi kedua Kumpulan E ini dijangka lebih tinggi berbanding aksi pertama men3ntang Turkmenistan, Rabu lalu.

Cuaca di Stadium Nasional Bukit Jalil juga baik dan cerah setakat jam 4.30 petang namun ramalan cuaca meramalkan hujan akan turun sekitar lewat petang nanti.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya akan menentang Bahrain yang menghuni ranking ke-89 dunia dengan kedua-dua pasukan kini berkongsi tiga mata hasil kemenangan pada aksi terdahulu.

SUMBER: BH

Kemenangan ke atas Bahrain akan mencerahkan peluang Malaysia untuk mara ke Piala Asia secara merit pada tahun depan.Selepas aksi berdepan Bahrain, Malaysia akan menutup kempen kelayakan berdepan Bangladesh, Selasa ini.