sukan

Siap Bawa penyodok sampah, padang Malaysia buat Hal

Hujan lebat yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang menyaksikan permukaan padang ditakungi air.

Situasi itu memaksa petugas stadium terpaksa menolak air secara ‘manual’ menggunakan penyodok dan kertas putih keras bagi memastikan permukaan padang dapat digunakan bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain.

Malah, petugas stadium masih giat menolak air ketika jam menghampiri 8.40 malam, hanya 20 minit sebelum perlawanan berlangsung.

Apapun, permukaan padang yang basah pasti menjejaskan kualiti permainan yang mahu ditunjukkan oleh kedua- dua pasukan.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya akan men3ntang Bahrain yang menghuni ranking ke-89 dunia dengan kedua dua pasukan kini berkongsi tiga mata hasil kemenangan pada aksi terdahulu.

Kemenangan ke atas Bahrain akan mencerahkan peluang Malaysia untuk mara ke Piala Asia secara merit pada tahun depan.

sumber:- BH

Selepas aksi berdepan Bahrain, Malaysia akan menutup kempen kelayakan berdepan Bangladesh, Selasa ini.