sukan

TFC menunjukkan keputusan P0sitif

Peningkatan yang diperagakan pemain Terengganu FC (TFC) pada tiga aksi persahabatan antarabangsa membuatkan ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain ‘pening kepala’ untuk menyenaraikan kesebelasan utama pasukannya sebaik Liga Super kembali bersambung pada 18 Jun ini.

Bagaimanapun jurulatih muda meningkat naik itu menjelaskan situasi itu begitu positif buat pasukannya menjelang pertemuan dengan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, pada Sabtu depan.

Selepas tiga perlawanan persahabatan antarabangsa, saya lihat ada peningkatan yang dipamerkan pemain terutama daripada segi kecergasan, corak permainan individu dan berpasukan.

“Situasi ini sudah tentu suk4r buat saya untuk memilih kesebelasan terbaik, ditambah pula dengan kembalinya pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang selesai memikul tugas negara pada saingan Piala Asia di Uzbekistan, namun ianya bagus buat pasukan terutama selepas tiga aksi berkenaan, kita melakar keputusan yang baik tanpa sebarang kekalahan beraksi di tempat sendiri.

Bagaimanapun saya tidak mahu pemain cepat berpuas hati kerana masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki di semua posisi sebelum liga kembali bersambung,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan kelab Singapura, Balestier Khalsa FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam tadi.

Dalam perlawanan itu, pemain skuad Penyu bagaikan melepaskan geram apabila memb3lasah skuad kendalian Mohamad Akbar Abdul Nawas 4-0 menerusi jaringan pemain import, Habib Haroon dan pemain pinjaman dari Selangor FC, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim pada babak pertama sebelum dua lagi jaringan pada separuh masa kedua dihasilkan Ridzuan Razali dan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob.

Pada aksi persahabatan antarabangsa pertama Sabtu lalu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, skuad dari Pantai Timur itu berjaya mengikat juara Liga Perdana Kemboja musim ini, Phnom Penh Crown FC 1-1 sebelum anak buah Nafuzi berjaya menumpaskan skuad yang sama 3-1 dua hari kemudian.

sumber:- HM

“Saya puas dengan prestasi diperagakan pemain pada malam ini (malam tadi), mereka beraksi bersungguh-sungguh sehingga minit terakhir perlawanan walaupun pada aksi persahabatan, jadi saya meletakkan harapan yang tinggi agar corak permainan sebegini dapat diteruskan dalam k4ncah liga bagi memastikan sas4ran yang ditetapkan pihak pengurusan tercapai,” kata pengendali berusia 44 tahun itu