sukan

Tonggak kacukan Liga England Bakal Beraksi Di Liga M

Tonggak kacukan, Kobe Chong tampaknya tinggal selangkah untuk menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila dijangka bakal menyertai Sri Pahang FC pada jendela perpindahan kedua nanti.

Kobe yang memulakan karier di kelab-kelab England dengan beraksi di saingan Liga Kejuaraan yang juga divisyen dua negara itu.

Dia yang sudah tiba di Kuantan beberapa hari lalu, sempat berkongsi gambar Stadium Darul Makmur bagi menandakan kehadirannya adalah untuk menyertai skuad Tok Gajah.

Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi daripada Sri Pahang, namun dijangka dia akan memperkuatkan pasukan itu sebaik Liga M bersambung hujung bulan ini.

Sebelum ini, Kobe disebut-sebut bakal menyertai kelab Liga M selepas kontraknya dengan kelab di Liga Kejuaraan England, Peterborough United tidak disambung.

Malah, berdasarkan tinjauan di laman sosial milik Kobe beberapa hari lalu, dia dilihat kini sedang bercuti selepas dilepaskan Peterborough United bulan lalu sekali gus menguatkan dakwaan yang dirinya bakal ke Liga M.

Kehadiran Kobe juga dijangka dapat dimanfaatkan oleh skuad Harimau Malaya dalam tugasan antarabangsa selepas ini.

sumber:- HM

Dengan kehadirannya, ini bermakna pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon kini memiliki lebih banyak pilihan terutama di bahagian tengah bertahan.