sukan Syok Woo Baca

Benjamin Mora enggan lepas

Walaupun Ariff Aiman Hanapi sedang dip4ntau pencari bakat dan ejen bola sepak termasuk kelab luar negara tapi pengendali JDT, Benjamin Mora enggan melepaskan pemain sayap kanannya itu.

Mora ketika ditemui secara eksklusif menegaskan secara peribadi beliau mahu Ariff Aiman kekal bersama JDT kerana pengalaman dan teknik permainannya masih belum mencukupi untuk didedahkan beraksi di luar negara.

Saya sebagai jurulatih pastinya tugas utama adalah untuk melatih dan membuat persiapan bukan sahaja kepada Ariff malah membabitkan semua pemain JDT untuk berada di tahap permainan yang mantap sepanjang aksi Liga Super.

Namun semuanya bergantung kepada keputusan pengurusan JDT sama ada mahu dipinjamkan atau di jual kepada kelab luar negara yang berminat untuk mendapatkan khidmat Ariff Aiman. Tapi jika anda tanya saya, sejujurnya mahu Ariff Aiman kekal bersama JDT.

“Saya berpandangan Ariff masih ada ruang untuk terus maju bersama JDT, lagipun dia baru 20 tahun dan masa dia akan tiba untuk beraksi di luar negara. Jadi buat ketika ini biar dia di sini dan membantu JDT memenangi kejuaaraan liga dan selepas itu berg4ntung kepada keputusan pihak pengurusan,” katanya kepada Sukan NSTP.

Baru-baru ini menerusi laporan yang disiarkan hasil perkongsian di laman Twitter yang dimuat naik oleh We Are Scouting, aksi licik Ariff Aiman dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bulan lalu dengan JDT dan kelayakan Piala Asia 2023 bersama pasukan negara berjaya menambat hati beberapa ejen.

Mengulas mengenai kemenangan JDT membelasah kelab dari Singapura, Hougang United FC 8-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, Mora menegaskan ia adalah aksi persiapan untuk berdepan Selangor FC di laman sendiri pada 24 Jun ini.

Katanya, beberapa pemain simpanan tersenarai pada aksi persahabatan itu bagi memastikan mereka mendapat minit permainan selain turut menggabungkan pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

sumber:- BH

“Kami pilih pasukan dari Singapura yang mampu beri saingan apabila beraksi di padang. Apa yang saya lihat pemain JDT tampak konsisten dengan corak permainan tersusun tapi masih ada kekurangan yang harus diperbaiki namun tidak serius,” kata Mora.