sukan

Kata – kata azimat Pan Gon berdepan kekalahan Pertama

“Lebih baik kita memandang ke depan daripada memikirkan apa yang sudah berlaku.”

Itu kata kata azimat yang digenggam pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon selepas misi memburu tujuh mata ke Piala Asia 2023 lebur apabila tumbang 2-1 di tangan Bahrain pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terlepas melepaskan ‘status’ sebagai juara Kumpulan E kepada Bahrain yang menghimpun enam mata maksimum, namun masih berpeluang membvru tiket ke saingan Asia itu menerusi posisi lima naib juara terbaik.

Tegasnya, aksi berdepan Bahrain sewajarnya menjadi pengajaran yang berguna buat barisan pemainnya namun pengendali dari Korea Selatan itu menuntut kebangkitan pada aksi penentuan berdepan Bangladesh Selasa ini.

Saya tidak boleh mervngut kerana pemain sudah memberikan yang terbaik. Kita tidak boleh melonjak daripada sini (kedudukan sekarang) ke tempat yang lebih tinggi hanya dalam beberapa hari.

Setiap tahun kita akan berdepan pelbagai kejohanan dan bola sepak sentiasa berterusan. Berapa banyak yang kita belajar, berapa banyak yang kita boleh tingkatkan, kita tidak perlu kec3wa dan terlalu bersedih.

Kita perlu yakin dan bangga dengan apa yang sudah kita lakukan. Kita perlu fokus untuk perlawanan seterusnya kerana saya rasa ini adalah caranya sebagai seorang yang profesional untuk mewakili negara.

Kita harus betulkan kesilapan dan tunjukkan semangat untuk mencapai sas4ran seperti yang dimahukan penyokong, Inilah caranya kerana tiada masa untuk menyesal dan kecewa.

“Kita ada perancangan dan kini kita ada semangat berpasukan yang lebih tinggi. Apa yang pasti kita tidak boleh terlepas peluang untuk ke pusingan akhir dan pemain tahu betapa pentingnya perlawanan terakhir ini,” kata Pan Gon.

Dalam perkembangan lain, Pan Gon juga mengakui tumpuannya lebih terarah kepada persiapan skuad negara dan enggan memikirkan sama ada Bangladesh akan menjadi lawan yang mudah buat anak buahnya.

Kita tidak tahu kerana kita lebih fokus pada pasukan kita. Strateginya, kita mahu mendapatkan mata tetapi tiga aksi dalam tempoh tujuh hari adalah satu cab4ran.

sumber:- BH

“Kita akan melakukan persiapan yang baik dan melihat kepada Bangladesh yang menggunakan skuad sama dalam dua perlawanan, mungkin kita ada kelebihan,” katanya.