sukan

Luahan Hati Dari Jurulatih Bahrain tentang padang Malaysia

Kami tidak pernah main di padang seperti ini selama bertahun-tahun lamanya jadi ia memb4kar semangat juang dan k0mitmen anak buah saya”, Pengendali Bahrain

Pengendali Bahrain Helio Sousa menyifatkan Malaysia bukanlah lawan yang mudah untuk ditumbangkan sekali gus berpuas hati dengan kemenangan tipis 2-1 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Jurulatih dari Portugal itu mengakui barisan pemain Kim Pan Gon berjaya memberi saingan yang sengit namun anak buahnya memperagakan aksi lebih kemas untuk mengelak daripada ‘terper4ngkap’ dengan corak permainan Malaysia.

Kita tahu tidak mudah untuk beraksi dalam keadaan seperti ini apatah lagi dengan suasana yang hebat dan penyokong memberi sokongan yang begitu padu kepada pasukan tuan rumah.

Kita cuba mencari ruang dan kadangkala melakukan hantaran jauh, kita mengambil masa untuk merencana gerakan dan pemain memberikan aksi yang sangat menakjubkan dengan komitmen yang tinggi.

“Ranking Malaysia tidak menggambarkan kualiti dan pemain yang mereka ada buat masa ini. Kita berjuang sebaik mungkin dan saya rasa ini kemenangan yang sangat penting untuk kami,” kata Sousa.

Bahrain bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 2-1 sekali gus membolehkan mereka menghimpun enam mata maksimum dan menggungguli Kumpulan E.

sumber:- BH

Dengan dua kemenangan berturut-turut itu, mereka kini berada pada kedudukan terbaik dan hanya memerlukan satu mata daripada aksi berdepan Turkmenistan untuk layak secara automatik ke saingan Piala Asia 2023 sebagai juara kumpulan.

Kami tidak pernah main di padang seperti ini selama bertahun-tahun lamanya jadi ia membakar semangat juang dan k0mitmen anak buah saya.