sukan

Terkini Peluang Malaysia Cerah

TONGGAK pertahanan Harimau Malaya, Khuzaimi Piee tetap optimis pasukan negara mampu melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia 2023 meskipun gagal memungut sebarang mata ketika men3ntang Bahrain.

Pemain kelahiran Melaka itu berkata, jika diikutkan atas kertas, Malaysia masih lagi mempunyai peluang untuk ke Piala Asia sekiranya dapat menewaskan Bangladesh pada perlawanan terakhir.

Justeru Khuzaimie berharap, agar pasukan kebangsaan segera mempelajari segala kesilapan-kesilapan yang dilakukan pada perlawanan men3ntang Bahrain dan bangkit dalam misi wajib menang bertemu skuad Harimau Bengal itu.

Terdapat beberapa kesil4pan yang kami lakukan pada perlawanan ini sebagai contoh kami lambat tutup ruang sekaligus menyebabkan Bahrain hukum kami dengan menjaringkan gol.

“Bagaimanapun, semua sudah terjadi dan lepas, dan sekarang ini kami harus terus fokus untuk perlawanan seterusnya men3ntang Bangladesh pada Selasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Dalam pada itu, striker negara Syafiq Ahmad turut memberikan pandangan senada dengan Khuzaimee ketika ditanya berkenaan peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia tahun depan.

Jelas striker Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, bagaimanapun Malaysia perlu menang dengan jaringan yang besar ketika men3ntang Bangladesh bagi mencerahkan lagi misi mereka untuk layak ke kejohanan berprestij di benua Asia itu

Kalau kita lihat, peluang kita masih belum tertutup malah peluang negara sebenarnya agak besar tapi atas diri kita sendiri untuk perlawanan seterusnya

“Jadi disebabkan kita gagal untuk mendapatkan mata pada malam ini, tiada alasan untuk kita selain menjaringkan gol yang banyak dan menang pada perlawanan seterusnya,”katanya.

Untuk rekod, Malaysia ketika menghuni tangga kedua kumpulan E selepas mengutip tiga mata daripada dua perlawanan sebelum ini.

sumber:- SH

Tamat Perlawanan kedua Kumpulan A antara Indonesia VS Jordan, dengan keputusan INA 0-1 JOR. Dengan keputusan ini, Malaysia berada di kedudukan 5 terbaik menolak Indonesia yang jatuh ke tangga ke 6 tanpa defisit gol selepas mereka menang ke atas kuwait 2-1, dan tewas kepada Jordan 0-1. Peluang untuk Malaysia mara ke pentas piala asia semakin cerah dengan kita bersaing antara filipina dan indonesia dari segi perbezaan gol.

Harimau Malaya seterusnya akan turun pada aksi terakhir peringkat kumpulan men3ntang Bangladesh, manakala Bahrain berdepan Turkmenistan, Selasa ini.