sukan

Komen padu Syafiq Ahmad menjelang aksi untuk esok

‘Tiada alasan… kita perlu menang!’

Itu tekad striker kebangsaan, Syafiq Ahmad yang mengakui skuad Harimau Malaya perlu ‘mengaum’ pada aksi terakhir men3ntang Bangladesh bagi memastikan tiket ke Piala Asia 2023 terus berada dalam genggaman.

Malah, pemain itu berpendapat, siapa pun yang diturunkan dalam kesebelasan utama malam esok, perlu memberikan aksi yang benar-benar terbaik bagi menjelmakan kemenangan buat pasukan negara.

Siapa pun yang main (lawan Bangladesh), saya tidak kisah kerana apa yang lebih penting kita menang dan layak ke peringkat seterusnya. Tiada alasan kerana kita kena menang.

“Saya mengikut sahaja taktikal jurulatih tetapi saya sentiasa berikan yang terbaik pada sesi latihan. Mungkin ada pendekatan berbeza yang mahu digunakan jurulatih,” katanya.

Nada sama turut dikongsi pertahanan negara, Junior Eldstal yang menuntut rakan sepasukannya supaya dapat meletakkan sepenuh fokus pada aksi berdepan pasukan di ranking ke-188 dunia itu, malam esok.

Kita ada peluang untuk perlawanan ketiga jadi kita perlu fokus pada aksi ini. Kita harap pemain ke-12 akan terus bersama kita memberi sokongan di stadium bagi perlawanan ini.

Peluang tetap ada tetapi Bangladesh bukanlah lawan yang mudah kerana mereka bermain dengan kompak dan secara bertahan.

sumber:- BH

“Jadi kita harus bersabar dan kita mengharapkan dapat menang untuk mengutip tiga mata buat Malaysia,” katanya.