sukan

Malaysia Ada Peluang , sebab Kami tak faham bahasa Malaysia — Kapten Bangladesh

Kapten Bangladesh, Jamal Bhuyan menjelaskan pasukannya tidak risau dengan puluhan ribu penyokong skuad Harimau Malaya yang dijangka membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Sebaliknya, pemain berusia 32 tahun itu menganggap kehadiran penyokong yang ramai ke stadium akan memberikan motivasi kepada semua pemain untuk beraksi dengan baik.

Mengakui Bangladesh dibarisi ramai pemain muda, dia turut berharap aksi dalam kelayakan Piala Asia dan bermain di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah akan memberikan pengalaman serta motivasi kepada Bangladesh.

Apabila beraksi dalam perlawanan, anda sebenarnya tidak terlalu fokus kepada peminat. Tapi bagi saya, ia satu motivasi dengan kehadiran penyokong yang besar.

“Saya fikir ini juga salah satu motivasi untuk pemain muda kami, bagi memberi mereka lebih tenaga. Kami juga tidak memahami bahasa Malaysia, jadi ia bukan masalah,” katanya.

Pertembungan dengan Malaysia menjadi aksi pelengkap jadual buat Bangladesh yang sudah terkeluar daripada perebutan tiket ke Piala Asia tahun depan selepas mereka tewas di tangan Bahrain dan Turkmenistan dalam dua perlawanan awal kumpulan sebelum ini.

Namun, Jamal menegaskan bahawa pasukannya tetap mahu mencari sesuatu yang positif berdepan Malaysia bagi menutup kempen kelayakan Kumpulan E dengan keputusan lebih baik.

sumber:- BH

“Sudah pasti kami ada perancangan dan kami tidak boleh maklumkan kepada anda. Kami tahu ini perlawanan yang besar, tekanan ada pada Malaysia kerana mereka perlu menang,” katanya