sukan

Perubahan yang drastIk buat KDA FC

PERUBAHAN besar bakal dilaksanakan Kedah Darul Aman (KDA) FC menjelang jendela kedua perpindahan pemain pada penghujung Mei ini bagi memperkuatkan pasukan menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 pada Jun.

Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, romb4kan tersebut perlu dilakukan selepas Sang Kenari berada pada tahap kurang memuaskan selain mengelakkan prestasi pasukan terus merVndum.

Menurutnya, hanya beberapa pemain utama berada dalam kesebelasan disebabkan mas4lah keced3raan selain g4gal menggunakan semua pemain import sejak beberapa perlawanan lalu.

“Sudah tentu kita akan membuat pertukaran (jend3la kedua perpindahan pemain) kerana kita sekarang tidak berada pada prestasi yang baik.

“Selepas Dennis Buchening cedra, kita gagal beraksi dengan kelima-lima pemain import dan perubahan wajar dilakukan kerana mahu lebih baik selepas ini.

“Saya boleh katakan dua atau tiga atau mungkin lima pemain akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan ini kerana kita mahu beraksi dengan baik di pentas Piala AFC,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pasukannya terik4t tanpa j4ringan dengan Negeri Sembilan FC pada aksi kesembilan Liga Super 2022.

Sumber:SHARIAN

Mengulas lanjut, selain mempersiapkan pasukan menghadapi Piala AFC, beliau juga perlu mempertingkatkan kembali keupayaan Sang Kenari apabila dijadualkan berdepan juara Liga Super lapan kali, JDT bagi aksi ke-10 liga pada pertengahan Jun depan.