sukan

Kehadiran Perdana Menteri umpama Aura Semangat Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 membabitkan Harimau Malaya menentang Bangladesh, malam ini.

Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Ali Rustam serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin.

Sabtu lalu, Ismail Sabri turut menyaksikan perlawanan ketika Malaysia kecvndang 1-2 di tangan Bahrain.

Ketika ini, kehadiran penyokong lebih 47,000, sekali gus menyaksikan SNBJ bergema dengan sorakan penonton membabitkan kedua-dua pasukan.

Harimau Malaya yang turun dengan misi mahu memastikan tiga mata penting milik mereka bagi menempah tiket ke Piala Asia 2023.

sumber:hmetro

Malaysia Menang 4-1 Ke atas Bangladesh.Tahniah Harimau Malaya.