sukan

Kekalahan besar Filipina buka peluang luas Malaysia Layak

Palestin menewaskan Filipina 4-0 pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Ulaanbaatar sebentar tadi, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada Malaysia untuk merebut tiket ke pusingan akhir kejuaraan berkenaan tahun depan.

Jaringan Saleh Chihadeh pada minit ke 31 dan gol Tamer Seyam (minit-42), Mohammed Yameen (minit-55) serta Mahmoud Abu Warda (minit-72) memastikan Palestin ke pusingan akhir Piala Asia selaku juara Kumpulan B.

Filipina kekal di tangga kedua dengan empat mata dan mereka boleh jatuh ke tangga ketiga jika Yaman berjaya mengalahkan Mongolia dengan jaringan besar, petang ini.

Sekiranya kekal di kedudukan kedua sekali pun, Filipina masih perlu menunggu keputusan dari kumpulan lain bagi melihat sama ada mereka boleh berada dalam senarai lima pasukan naib juara kumpulan terbaik atau tidak.

sumber:- BH

Walaupun peluang semakin terbuka luas buat Malaysia, namun jalan paling selamat buat anak buah Kim Pan Gon ketika ini adalah dengan memastikan kemenangan ke atas Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.