sukan

Sah ditutup Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah tersebut bagi membolehkan kerja baik pulih dimulakan.

“KBS memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjvdikan m4ruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja-kerja baik pulih namun keadaan semasa memerlukan tindakan yang lebih segera.

sumber:- SH

“Isu kualiti padang serta fasilitinya adalah isv legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas,” katanya.