sukan

Ucapan Selamat Tinggal Kepada Dunia Bola Sepak Tanah Air

Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan mungkin terpaksa mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada dunia bola sepak tempatan apabila beliau dinasihatkan oleh pegawai perubatan supaya berehat seketika.

Ketika Arena Metro menghubunginya hari ini, beliau mengesahkan kini sedang menjalani rawatan dan berehat daripada menjalankan tugas di atas padang.

Katanya, kedudukan beliau selaku pengendali Sarawak United akan dibincangkan bersama pengurusan tertinggi dan buat masa ini ia bakal dipikul penolongnya, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah.

Ya betul saya ada masalah k3sihatan. Tapi tidak seteruk mana, cuma doktor nasihatkan supaya saya berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

Walaupun disarankan untuk berehat, saya tidak boleh melupakan terus dunia bola sepak dan sedia memikul tangungjawab lain.

“Kalau boleh dilantik sebagai TD (Pengarah Teknikal) Sarawak United pun ok, tapi saya kena bincang dengan pengurusan,” katanya yang enggan berkongsi mengenai penyakitnya itu.

Berdasarkan profil Sathianathan, beliau mula berjinak dalam dunia kejurulatihan pada 1992 apabila membimbing Negeri Sembilan dalam saingan Piala Emas.

Seterusnya beliau menyertai FAM apabila menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik negara dari 1997-1999 dan 2002-2004.

Kemuncak kariernya sudah pasti ketika dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya 2007-2009 selain sebelum itu turut melatih skuad B-23 tahun negara dengan berjaya menghadiahkan kejuaraan antarabangsa apabila menjuarai Pestabola Merdeka pada 2007.

Dalam saingan Liga M, bekas pemain negara itu turut cemerlang membawa beberapa pasukan termasuk Kelantan dengan menjuarai Piala Malaysia pada 2010, Angkatan Tentera Malaysia (juara Liga Perdana 2012), Felda United (juara Liga Perdana 2018).

sumber:- HM

Selain itu, beliau turut dinobatkan jurulatih terbaik sebanyak tiga kali (2010, 2012, 2017) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan.