sukan

Kejayaan skuad Pan-Gon tarik perhatian — bekas pemain Negara

Bekas penjaga gol kebangsaan, Azizon Abdul Kadir, jelas teruja apabila skuad kebangsaan layak ke pentas Piala Asia 2023 secara merit.

Bagi penjaga gol yang pernah beraksi di kempen Piala Asia 2007 itu, persembahan Harimau Malaya di bawah kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon nyata berbeza dan mampu untuk menghadirkan seribu satu masalah buat pihak lawan.

Azizon turut yakin Harimau Malaya mampu untuk melakar kejutan di pentas pusingan akhir Piala Asia 2023 meskipun bakal turun selaku pasukan bukan pilihan.

“Pemain-pemain telah menampilkan prestasi yang cukup memberangsangkan. Satu pencapaian terbaik buat Malaysia layak ke Piala Asia. Mengekalkan momentum sesuatu yang perlu dilakukan untuk beraksi dalam kejohanan itu tahun depan,” katanya.

sumber:- BH

“Kehadiran Pan-gon ternyata telah mengubah corak permainan pasukan dan saya percaya kualiti skuad Harimau Malaya akan terus meningkat.”