sukan

Situasi yang cukup dalam kenangan

Jika ditanya pemain mana yang sering berada di segenap padang dalam aksi kelayakan Piala Asia semalam, ramai yang tidak menafikan jika jawapan yang diberi adalah Syameer Kutty Abba.

Melewati kejayaan semalam apabila layak secara merit ke Piala Asia 2023, pemain itu mendedahkan, kejayaan Bangladesh menyamakan kedudukan merupakan situasi yang cukup menakutkan.Syameer berkongsi bagaimana ketakutan itu dimanipulasi yang berubah sebagai kekuatan pada akhirnya.

Tergamam adalah perkataan paling tepat sebaik Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jika Syameer, individu yang paling rajin di atas padang berasa sedemikian, ia juga ibarat tempias kepada pemain lain, betapa situasi genting itu mampu membawa pasukan kepada keputusan negatif ataupun positif di penghujungnya.

Andai sebelah kaki sudah melangkah ke pentas Piala Asia 2023, Syameer tidak rela keadaan itu diundur ke belakang.

“Selepas Bangladesh menyamakan kedudukan, kami ternyata terkejut buat seketika. Kami mengetahui mampu memenangi perlawanan ini dan menghadirkan aksi yang berkualiti sekaligus memastikan kemenangan,” kata Syameer.

42 tahun terperangkap di saingan Asia Tenggara semata-mata amat memenatkan.Berada dalam skuad yang ampuh untuk membawa Malaysia di pentas Piala Asia, Syameer manusia yang paling bersyukur.

sumber:- SA

Masih muda dan perjalanan masih jauh, anak jati Pulau Pinang itu yakin kematangan barisan pemain yang lain antara kunci utama Malaysia pasukan yang perlu diberikan perhatian selepas ini.”Cukup menggembirakan dan saya masih lagi berusia 25 tahun. Satu pengalaman yang baik untuk melangkah ke hadapan untuk berpengalaman berdepan lawan yang lebih berkualiti.”