sukan

Legenda bola sepak kebangsaan akui ‘meremang bulu roma’

Legenda bola sepak kebangsaan, Khalid Ali mengakui ‘meremang’ selepas menyaksikan aksi Harimau Malaya khususnya dalam tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 yang berjaya menempah tiket ke pusingan akhir tahun depan.

Bekas pemain tengah era 70-an dan 80-an itu menganggap persembahan anak buah Kim Pan Gon itu seakan menggamit memorinya seperti ketika skuad negara turun berdepan Korea Selatan pada Kelayakan Olimpik 1980, lebih empat dekad lalu.

Memang saya rasa aura terutama (menyaksikan) lawan Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh, macam saya bermain dengan Korea Selatan. Kita tidak boleh nafikan yang pasukan kita memang banyak berubah.

Saya duduk dekat sini (Stadium Nasional Bukit Jalil) dan saya rasa macam aksi Kelayakan Olimpik dulu selepas tengok cara mereka bermain dengan semangat dan sebagai satu pasukan.

“Saya seronok menyaksikan persembahan mereka dalam tiga perlawanan ini. Saya harap Pan Gon tidak akan diganggu dan biarlah dia bekerja dengan baik untuk tempoh dua atau tiga tahun lalu bagi memantapkan lagi pasukan kita,” katanya.

Mengulas mengenai perubahan yang disaksikan dalam skuad kebangsaan , Khalid menjelaskan kemampuan men3mbusi pertahanan lawan ataupun ‘pen3tration’ tampak menjadi lebih baik dengan kualiti pemain dan permainan yang ditunjukkan barisan pemain negara ketika ini.

“Kalau dahulu, kita lihat pemain sayap kita setakat dapat melakukan hantaran lintang tetapi dengan sistem dua sayap kanan dan satu sayap kiri, kita dapat men3mbusi pertahanan lawan.

Saya nampak dia gabungkan pemain di mana ada pemain boleh bermain 60 minit, ada yang 70 minit. Memang betul-betul dia tahu mengenai pemain jadi dia rangkumkan sekali.

sumber:- HM

“Untuk itu, pasukan kita nampak mantap untuk beraksi sepanjang 90 minit,” katanya.