Ekosistem skuad kebangsaan bakal melewati perubahan drastik demi kelangsungan Harimau Malaya untuk terus berdaya saing di pentas tertinggi.
Pengakuan itu dibuat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, yang menjurus kepada skuad B23 negara.
Kami akan mencari kaedah untuk mengubah ekosistem bolasepak negara. Saya ingin menyatakan skuad B23 negara bakal melewati perubahan Saya sedang menantikan laporan penuh dan mula berbincang mengenai perkara ini bulan depan. Perubahan yang bakal dilakukan adalah sama seperti yang dilakukan dalam skuad kebangsaan” kata Hamidin.
Hamidin menegaskan skuad negara akan menggunakan tempoh persiapan selama setahun untuk memantapkan pasukan menjelang Piala Asia tahun depan.
Ia dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan handalan Asia dan tidak lagi tertumpu kepada lawan di rantau Asia Tenggara.
Ini kerana, Hamidin tidak mahu anak buah Kim Pan-gon menjadi mangsa buli di pusingan akhir yang menempatkan pasukan gergasi seperti Korea Selatan, Jepun dan Australia.
sumber:- SA
“Kami akan melewati beberapa perlawanan persahabatan berdepan lawan yang lebih berkualiti sebagai persiapan untuk menghadapi Piala Asia nanti,” katanya lagi.