sukan

FAM buka mulut isu ini

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu mencampuri urusan peribadi pemain terutama jika mereka mahu berhibur di kelab malam selepas berakhirnya kempen pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya hanya boleh mengambil tindakan susulan sekiranya perkara terbabit berlaku sepanjang tempoh kem latihan kerana boleh menjejaskan persediaan pasukan.

Beliau berkata, video yang tular baru-baru ini membabitkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya berhibur di kelab malam kemungkinan berlaku selepas tamatnya perlawanan terakhir men3ntang Bangladesh tempoh hari.

“Saya rasa video itu selepas perlawanan…jadi bermakna itu personal (peribadi). kalau buat pada traning camp (kem latihan) atau masa perlawanan kita akan ambil tindakan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, tular video beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di kelab malam.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tersebar di media sosial dan Whatsapp, antara pemain yang dilihat berada dalam video itu adalah Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.

Namun, apa yang menjadi perhatian dan dipersoalkan netizen adalah mereka mendakwa terdapat salah seorang pemain yang beragama Islam turut kelihatan dalam video berkenaan dan sedang memegang sesuatu di tangan yang dipercayai rokok.

sumber:- HM

Walaupun, bukan satu kesalahan meraikan kejayaan pasukan, namun ada yang berpendapat ia perlu disambut secara berpada-pada serta di lokasi sesuai yang tidak menimbulkan keraguan orang ramai