Syok Woo Baca

Imbuhan Harimau Malaya Akan Dibincangkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengadakan perbincangan bagi menentukan bentuk imbuhan yang akan diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang melayakkan diri untuk menyertai Piala Asia selepas 42 tahun, minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perbincangan itu juga akan menentukan pihak yang lebih layak untuk menerima imbuhan terbabit, sama ada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau pemain skuad Harimau Malaya, jika ada.

Selain itu, katanya, perbincangan juga akan diperluas bagi menentukan bentuk imbuhan yang akan diberikan kepada skuad hoki negara yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2023.

“Setakat ini kita belum tentukan bentuk imbuhan, tetapi dimaklumkan skuad Harimau Malaya memerlukan dana untuk mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara.

“Justeru, kita akan meneliti perkara ini secara menyeluruh, termasuk kualiti pasukan lawan bagi perlawanan persahabatan, sama ada mereka setanding atau lebih baik berbanding skuad Harimau Malaya.

SUMBER: BH

“Ini kerana kita tak mahu skuad Harimau Malaya menganjurkan perlawanan persahabatan dengan lawan yang prestasinya lebih buruk daripada pasukan kebangsaan,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di sini, hari ini.