sukan

Mungkin bertapa di luar Negara – Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan skuad Harimau Malaya berguru di luar negara demi persiapan rapi menghadapi Sukan Asia 2023.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar, memaklumkan bahawa pihaknya akan segera berbincang dengan ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi menyusun atur persiapan skuad Harimau Malaya menuju ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Apa yang penting, badan induk itu mahu memastikan skuad kebangsaan dapat menjalani persiapan rapi dengan tempoh masa yang mencukupi menjelang saingan 16 Jun 2023.

“Berkaitan dengan persiapan ke Piala Asia, ia perlu dilakukan dengan rapi kerana Malaysia bakal berdepan lawan yang sudah melayakkan diri beraksi di Piala Dunia,” kata Saifuddin.

“Saya akan berbincang dengan Pan-gon mengenai persiapan skuad negara menghadapi Piala Asia.”
Saifuddin dalam perkembangan sama, tidak menolak kemungkinan Harimau Malaya bakal menjalani latihan berpusat di luar negara.

FAM menyedari cabaran getir yang menanti Malaysia di samping mahu mengelak pasukan negara daripada muncul pasukan belasahan di pentas Piala Asia 2023 dengan tuan rumah kejohanan masih belum diputuskan.

sumber:- SA

“Besar kemungkinan berdasarkan apa yang telah dicadangkan oleh Pan-gon. Piala Asia ini merupakan sesuatu yang baru bagi kami dan sasaran kami adalah tidak menjadi pasukan belasahan dalam saingan itu nanti.”