Nampak sama tapi bukan dia. Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon terus menjadi perhatian penyokong bola sepak tanah air apabila wajahnya dilihat seiras dengan pelakon Squid Game Korea Selatan, Heo Sung Tae.
Malah, ada yang mengatakan jurulatih Harimau Malaya itu yang membawa Malaysia ke Piala Asia 2023 adalah adik kepada pelakon berkenaan sekali gus mengundang persoalan daripada penyokong dan peminat drama ‘K-pop” mengenai pertalian kedua-dua individu itu.
Ketika ini, gambar dua individu berkenaan berlegar di laman sosial apabila netizen membuat perbandingan gaya rambut dan memek muka yang hampir serupa, maka tak hairanlah pelbagai mereka terus menjadi perbualan orang ramai. Lebih mencuri tumpuan apabila gambar itu turut mendapat reaksi daripada Sung Tae memuat naik satu perkongsian dan pastinya sudah disedari para pengikutnya, terutama dari Malaysia.
Sung Tae memuat naik gambar watak yang dibawanya di dalam Squid Game sambil diapit dengan gambar ‘kembarnya’ iaitu Pan Gon. Pada masa sama, beliau juga turut sertakan dengan satu tanda panggar yang berbunyi Goodluck #Malaysia.
Mengikut rekod, Pan-gon diingati sebagai jurulatih yang berjaya menamatkan sumpahan pasukan negara apabila memastikan Malaysia beraksi di pentas tertinggi Asia itu kali pertama sejak 1980.
Pan Gon yang pernah beraksi bersama kelab Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai Motors di Korea Selatan pada era 1990-an, memulakan karier kejurulatihan selaku penolong jurulatih Busan IPark FC (2005-2008), ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong (2009-2010), penolong jurulatih Gyeongnam FC (2011) dan kembali ke Hong Kong (2012-2017).
sumber:- HM
Beliau menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya pada 2 Januari 2022 dengan mengambil tanggungjawab susulan prestasi hambar pasukan Harimau Malaya yang gagal mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura.