sukan

Status Stadium Nasional Bukit Jalil

Kuala Lumpur: Tidak mustahil untuk Stadium Nasional Bukit Jalil mengharungi proses penjenamaan semula sekali gus mengikut jejak langkah Stadium Putra yang ‘berubah’ nama kepada Axiata Arena.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan kemungkinan itu ada memandangkan ia turut menjadi antara perancangan masa depan kementeriannya.

“Banyak cadangan ke arah itu, tetapi buat masa ini, kita yakin mampu (menguruskan) tetapi saya tidak tolak kemungkinan untuk masa akan datang.Itu antara salah satu cara untuk kita memandang ke depan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Teh Tarik Santai di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Sebagai rekod, Stadium Putra dikenali sebagai Axiata Arena pada 2017 sel4ras dengan usaha ke arah mewujudkan sebuah negara sukan.

Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penjenamaan semula stadium itu adalah hasil perkongsian antara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan Axiata Group Sdn Bhd menerusi perjanjian 10 tahun bernilai RM55 juta.Pada masa sama, Faizal mengakui aspek penyel3nggaraan stadium tetap menjadi keutamaan selain menjalankan penambahb4ikan padang dan fasiliti yang perlu dilakukan.

Penyel3nggaran amat penting. Jadi sebab itulah saya maklumkan kepada PSM supaya teruskan buat perancangan bagi mendapatkan rakan kerjasama strategik untuk menjana lebih banyak pendapatan.

Banyak yang boleh kita lakukan di sekeliling stadium umpamanya membuka pusat perniagaan barangan sukan, muzium dan sebagainya bagi menghidupkan industri sukan ini,” katanya.

sumber:hmetro

Stadium lain di luar negara seperti Stadium Emirates kepunyaan Arsenal di London, Stadium Etihad di Manchester, Allianz Arena kegunaan kelab gerg4si Jerman, Bayern Munich serta Arena OCBC dan Pusat Akuatik OCBC di Singapura antara venue sukan yang dijenamakan semula menerusi perkongsian strategik.