sukan

Biarlah nak anggap Pan-gon apa pun janji Malaysia Maju

Apa sahaja kemahuan pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon akan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turuti demi membentuk pasukan mantap selain memastikan persediaan mengharungi perlawanan Piala Asia tahun depan berjalan lancar.

Bukanlah menganggap Pan-gon ‘anak emas’ badan induk bola sepak negara itu, namun Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berpuas hati dengan penjelasan diberikan pengendali dari Korea Selatan itu apabila ‘menuntut’ sesuatu demi manfaat pasukan kebangsaan.

Apabila seseorang mahukan sesuatu, dia kena tunjukkan kerja dan mengapa (permintaan) jadi saya berpuas hati dengan penjelasan dan justifikasi yang diberikan (Pan Gon).

Cabaran adalah dari segi kewangan dan perbelanjaan tetapi saya fikir permintaannya pun tidak sesukar mana kerana ia memang sepatutnya dibuat antaranya perkara seperti peralatan, tempoh masa dan sebagainya.

“Sama juga seperti sebelum ini cuma dia memanfaatkan sebaik mungkin. Kalau dia minta tetapi tidak dimanfaatkan pun, benda ini tak boleh sampai (kepada pemain),” katanya.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit selepas muncul antara lima naib juara terbaik sekali gus menyertai tiga lagi negara Asean iaitu Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Dalam perkembangan sama, Hamidin mendedahkan pendekatan digunakan oleh Pan Gon kepada barisan pemain kebangsaan tidaklah ‘sekeras’ seperti disangka oleh penyokong bola sepak tempatan.

Saya tidak perlu dedahkan tetapi cukup saya bagi contoh di mana apabila saya tanya pemain mengenai perbezaan dilakukan Pan Gon jika dibandingkan dengan cara yang digunakan jurulatih asing, mereka kata cepat, tepat dan mudah.

sumber:- HM

“Saya ingat rumit tetapi apa yang saya nampak adalah untuk berjaya, 50 peratus kejayaan kena datang daripada dalam padang dan 50 peratus lagi di luar padang,” katanya.