sukan

Import sah angkat kaki

Sebaik seri dengan Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat semalam, Sony Norde mendedahkan bahawa dia akan meninggalkan Melaka United dalam masa terdekat.

Striker dari Haiti itu mendakwa dia dan keluarganya tidak gembira bersama kelab berkenaan, sekali gus menjadikannya tiada pilihan selain daripada angkat kaki.

“Ia bukan hanya tentang saya, ia tentang keluarga saya dan kami tidak gembira di sini,” katanya kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Apabila anda tidak gembira, anda tidak akan kekal, jadi saya tidak gembira di sini dan sebab itulah saya mahu pergi.

Saya berharap semua penyokong Melaka dapat memaafkan saya kerana saya sentiasa mahu bermain untuk mereka tetapi adakalanya takdir membawa anda ke haluan berbeza.

“Saya amat sedih meninggalkan pasukan ini tetapi saya tidak mempunyai pilihan kerana keutamaannya adalah keluarga saya,” katanya.

Sony menolak beberapa tawaran pasukan lain awal musim ini untuk kekal bersama Melaka United di bawah kendalian Zainal Abidin Hassan.

Bagaimanapun, skuad Hang Tuah itu memilih untuk tidak lagi menggunakan khidmat jurulatih berkenaan dan ia menjadi pencetus kekecewaannya.

“Sebelum ini saya bersama jurulatih Zainal, dia yang membawa saya ke Malaysia.” Pihak pengurusan menjanjikan bahawa dia akan kekal bersama pasukan untuk tahun ini dan jurulatih Zainal mahu saya menandatangani kontrak baru. Disebabkan itu saya melakukannya.

sumber:- SA

“Kemudian, mereka memberitahu saya bahawa dia tidak akan kekal di Melaka. Ketika mereka memberitahu perkara itu, saya sudahpun menandatangani kontrak,” katanya lagi.