sukan

Jaami Qureshi berikan bayangan

PEMAIN kacukan Malaysia-Iraq, Jaami Qureshi dikatakan mungkin berminat menyarung jersi Harimau Malaya apabila berkunjung Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Khamis.

Perkara itu dikongsikan bapa Jaami, Perviz Qureshi menerusi laman Instagram Story miliknya yang menunjukkan anaknya bergambar di lobi pejabat badan induk bola sepak negara tersebut.

Malah perkara berkenaan turut disahkan Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar yang memberitahu pihaknya menerima emel berkenaan permohonan untuk hadir ke Wisma FAM sebelum itu mengalu-alukan kedatangan pemain berkenaan bersama ayahnya.

Memang benar Jaami ada melakukan lawatan ke Wisma FAM hari ini (Khamis). Namun dalam pertemuan itu kita tidak berjanji untuk ambil anak dia mewakili Malaysia.

“Kita cuma memberitahu prosedur yang perlu dilakukan olehnya iaitu perlu datang ke Kementerian Dalam Negeri untuk selesaikan statusnya berkenaan anaknya. Itu sahaja,” katanya.

Sebelum ini Jaami dikhabarkan bakal menyarung jersi skuad kebangsaan sekali gus menjadi pemain kacukan terbaru yang mewakili Malaysia selepas beberapa pemain lain seperti Matthew Davies, Brendan Gan, Darren Lok, La’Vere Corbin-Ong dan Junior Eldstal.

Pemain berusia 18 tahun itu ketika ini sedang menjalani ujian bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan setelah dilepaskan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion.

Untuk rekod musim lalu, Jaami membantu The Seagulls menjuarai kejuaraan Bawah 17 Tahun Piala Liga Perdana selepas mengalahkan Middlesbrough 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Riverside.

sumber:- SH

Sepanjang saingan peringkat kumpulan dan kalah mat!, Jaami menyumbang satu gol pada aksi suku akhir menentang Southampton yang menyaksikan Brighton menang 6-1.