sukan

Selangor FC menang sangat besar

Selangor FC berpesta gol apabila memb3lasah Sarawak United 7-0 dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Jelas sekali tempoh rehat saingan Liga Super dimanfaatkan sepenuhnya Selangor FC apabila menambah baik pasukan sekali gus tampil lebih meyakinkan ketika menerima kunjungan Sarawak United.

Pasukan bimbingan Michael Feichtenbeiner tidak perlu menunggu lama untuk memecah kebuntuan gol apabila tonggak skuad Gergasi Merah Brendan Gan merembat masuk gol pertama seawal minit ketujuh perlawanan untuk kedudukan 1-0.

Selangor bagaikan dahagakan gol apabila terus melakukan s3rangan berb@haya ke kubu lawan dan hasilnya berjaya mencipta jaringan kedua menerusi pemain import mereka Hyuri Henrique pada minit ke 23.

Sarawak United yang dibimbing pembantu jurulatih Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah bagaikan hilang arah apabila tidak mampu mengekang setiap asakan jentera s3rangan Selangor.

Malah, Selangor terus menambah derit4 Sarawak United untuk gol ketiga daripada striker sensasi tuan rumah, Caion pada minit terakhir separuh masa pertama.

Babak kedua bersambung menyaksikan tuan rumah terus bermula garang apabila terus menghukum kesilapan pertahanan untuk gol keempat Selangor menerusi Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke 50.

Caion terus menjadi duri dalam daging buat Sarawak United apabila kepantasannya menyebabkan barisan pertahanan pasukan pelawat kucar kacir sebelum dia mencipta dua jaringan minit ke 74 dan seterusnya hatrik dua minit sebelum perlawanan tamat untuk kedudukan 6-0.

Kesilapan yang dilakukan pertahanan Sarawak United terus dihukum ketika masa kecederaan separuh masa kedua apabila pemain gantian Aliff Haiqal menyumbat gol ketujuh perlawanan sekali gus melengkapkan kenduri gol oleh Selangor.

sumber:- HM

Keputusan terbabit kekal hingga tamat perlawanan sekali gus kemenangan itu boleh dikatakan memberi tonik kepada Selangor yang bakal berdepan juara lapan kali berturut-turut Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini di Stadium Sultan Ibrahim.