sukan

Tandukan pemain import Brazil membuah hasil

Skuad Harimau Kumbang terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1 dalam aksi Liga Super men3ntang Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Bandaraya, di sini, malam ini.

Penang FC tampak berhati-hati mengatur langkah menggunakan formasi 4-1-4-1, menyaksikan Adib Ra’op bersama T Saravanan diletakkan di sayap kiri manakala Faizat Ghazli, Hilal Al Helwee dan Endirck Dos Santosh selaku kapten berada di belakang Casagrande.

Namun, pasukan pelawat mendahului menerusi S Kumaahran pada minit ke-36, sekali gus mencetak gol ketiga peribadinya pada saingan Liga Super musim ini.

Babak kedua perlawanan memperlihatkan Casagrande tidak berhasil memanfaatkan sekurang-kurangnya tiga peluang menjaringkan gol melalui percubaan tandukan ditambah faktor PJ City yang dilihat mendominasi permainan dengan cukup baik.

Namun, tandukan pemain import Brazil itu atau nama sebenarnya Anselmo Arruda Da Silva akhirnya menemui sasaran dan menyamakan kedudukan pada minit ke-63 hasil hantaran lintang Fairuz Zakaria.

Bagaimanapun, Casagrande tidak dapat meneruskan permainan hingga terpaksa dikeluarkan sekitar minit ke-70 akibat mengalami kecederaan pada muka.

sumber:- HM

Keputusan kekal 1-1 sehingga wisel penamat dibunyikan di depan 1,094 penonton yang hadir memberi sokongan pada malam ini.