sukan

Ketiadaan Beliau Timbul Tanda Tanya

Ketiadaan striker kebangsaan, Darren Lok, antara faktor yang tidak boleh dinafikan dan memberi kesan kepada jent3ra ser4ngan PJ City FC, selepas sekadar meraih satu mata selepas seri dengan Penang FC, dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu.

Pengurus pasukan, K Rajendran berkata, walaupun anak buah P Maniam berjaya memperagakan aksi mantap, namun ketumpulan penyudah membuatkan rentetan peluang di hadapan pintu gol lawan tidak dapat disempurnakan dengan baik.Katanya, striker utama pasukan, Darren tidak dapat beraksi kerana mengutip tiga kad kuning dalam aksi sebelum ini.

Jika Darren berada dalam pasukan, mungkin keputusan berubah, tapi secara keseluruhan sememangnya persembahan pasukan adalah baik apabila mereka dapat menguasai sebahagian besar perlawanan dan mencipta banyak peluang.

Tanpa Darren, terdapat kekurangan di bahagian s3rangan biarpun kita ada Mahali Jasuli, Kogileswaran Raj, Kumaahran, Khyril Muhymeen, tapi tidak cukup untuk menembusi benteng Penang.

“Bagaimanapun keputusan seri itu boleh dianggap memadai kerana beraksi di gelanggang lawan, walaupun sasaran kita untuk mendapatkan kemenangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

PJ City merekodkan keputusan seri ketiga setakat ini selepas diikat 1-1 dengan skuad Harimau Kumbang dalam aksi di Stadium Bandaraya, Sabtu lalu, sekali gus meletakkan pasukan itu di tangga ke lapan carta liga dengan mengumpul sembilan mata.

Penang pula kekal berada di dasar liga apabila belum mencatat sebarang kemenangan selepas melalui sembilan perlawanan.

Mengulas lanjut, Rajendran, berkata usaha akan dilakukan bagi memperkasakan lagi skuad berkenaan terutama di bahagian s3rangan dalam mendepani cabaran akan datang khususnya men3ntang Johor Darul Ta[zim (JDT) di tempat lawan minggu hadapan.

sumber:- HM

Tegas beliau, PJ City perlu menganjak dari kedudukan sekarang ke posisi lebih baik dalam carta, untuk memastikan sas4ran kekal dalam Liga Super musim hadapan tidak terjej4s.