Kuala Lumpur City FC akan mendapatkan khidmat striker Ghana, Jordan Mintah, secara pinjaman daripada Terengganu FC.
Ia dilihat sebagai penawar bagi ketumpulan jentera s3rangan pasukan Warga Kota itu selepas dua striker utama, Dominique da Sylva dan Kyrian Nwabueze, mengalami kec3d3raan jangka panjang.
Ketiadaan dua pemain itu menyaksikan ketua jurulatih, Bojan Hodak, terpaksa mempertaruhkan Romel Morales di bahagian s3rangan biarpun pemain itu lebih selesa beraksi di bahagian tengah.
Dengan kehadiran Mintah, ia diharapkan akan melengkapkan skuad KL City, biarpun tidak dapat beraksi dalam perlawanan pertama Piala AFC men3ntang kelab Indonesia, PSM Makassar, pada Jumaat ini.
sumber:- SA
Mintah akan memulakan latihan pertama di Kuala Lumpur pada Selasa ini.