sukan

Tidak salah berikan imbuhan

Kuala Lumpur: Pemain Harimau Malaya seharusnya mendapat ‘tempias’ daripada imbuhan RM880,000 ataupun AS$200,000 sebagai penghargaan terhadap penat Lelah mereka dalam memastikan pasukan kebangsaan layak ke Piala Asia 2023.

Pemerhati bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli berkata, walaupun mereka dijanjikan akan menerima ‘hadiah’ daripada kerajaan selepas menamatkan kem4rau 42 tahun beraksi di pentas Piala Asia namun barisan pemain juga mempunyai hak terhadap imbuhan yang diberikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu.

Beliau berkata, selain diberikan kepada pemain, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh menggunakan wang imbuhan itu untuk mempersiapkan pasukan termasuklah menampung perbelanjaan bagi mengadakan perlawanan persahabatan kelak.Imbuhan itu tidaklah perlu diberikan sepenuhnya kepada pemain kerana pervntukan itu juga boleh digunakan untuk melancarkan lagi persiapan pasukan kebangsaan.

Namun, kena ingat bahawa jika tidak diberikan langsung kepada pemain mungkin dilihat tidak adil kerana mereka mengerah kudr4t memastikan Malaysia layak ke Piala Asia,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa pasukan Harimau Malaya dan FAM boleh dikatakan sudah mendapat ‘durian rvntuh’ walaupun belum lagi beraksi di Piala Asia 2023 apabila mereka bakal memperoleh RM880,000 ataupun AS$200,000 selepas mengesahkan tiket ke kejohanan berprestij itu.

Situasi terbabit diakui oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul apabila 24 pasukan yang bertanding di Piala Asia akan dijanjikan imbuhan terbabit bagi memudahkan persatuan bola sepak masing-masing melakukan persediaan rapi kelak.

Menerusi ‘bonus’ terbabit, sudah pasti ia membantu perancangan FAM dalam mengatur persiapan yang lebih mantap sebelum berentap dengan gerg4si Asia yang lain pada temasya yang berlangsung empat tahun sekali itu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menjelaskan akan mengadakan perbincangan bagi menentukan bentuk imbvhan yang akan diberikan kepada skuad Harimau Malaya dan pasukan hoki hoki negara yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2023.

sumber:hmetro

Sementara itu, pengurusan FAM ketika dihubungi enggan mengulas mengenai pemberian imbvhan terbabit kerana mahu f0kus kepada persiapan skuad Harimau Malaya