sukan

Gol paling bernilai musim ini

Nasib berbeza dialami lima pasukan tuan rumah pada minggu ke-10 aksi Liga Super yang menyaksikan tiga daripadanya menang sementara dua lagi kec3wa diikat lawan masing-masing.

Tumpuan pasti terarah kepada ‘kemvsnahan’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dicetuskan Selangor FC apabila memb3lasah pendatang baharu, Sarawak United dengan keputusan 7-0.

Itu adalah kemenangan terbesar dalam saingan Liga Super pada musim ini dengan Brendan Gan yang tampil buat kali pertama pada musim ini menc3tus malam sempurna buat The Red Giants dengan gol pembukaan seawal minit ketujuh.

Striker mereka, Herlison Caoin terus membuktikan reputasinya sebagai pengg3mpur berbisa dengan mel4kar hatrik pada aksi terbabit untuk menghimpun sembilan gol dan terikat dengan striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva.

Satu lagi pasukan tuan rumah, Sabah FC melonjak ke tangga teratas Liga Super dengan memintas skuad Harimau Selatan selepas mengetepikan cab4ran Sri Pahang FC di Stadium Likas.

Kejayaan skuad Badak mengutip mata penuh itu dibayangi dengan kegag4lan dua pemain mereka iaitu Baddrol Bakhtiar dan Neto Pessoa menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada mereka pada aksi terbabit.

Sementara itu, Terengganu FC (TFC) pula meneruskan mom3ntum selepas ‘berehat’ panjang apabila menewaskan juara Piala Malaysia, KL City FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dua lagi pasukan tuan rumah pula gag4l memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila membenarkan lawan mencvri satu mata daripada mereka.

sumber:- BH

Melaka United FC dikec3wakan juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) menerusi keputusan tanpa jaringan sementara Penang FC dibawah kendalian jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan terus buntu tanpa sebarang kemenangan apabila seri 1-1 dengan PJ City FC.