sukan

Amaran awal Ngah Wanja laungkan

Striker utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Ronald Ngah Wanja bertekad mengekalkan ketajam@nnya buat Sang Kenari pada saingan Piala AFC di Bali, Indonesia yang bermula Jumaat ini.

Reputasinya sebagai penjaring terbanyak Liga Jordan musim lalu dan diikuti tujuh gol dalam saingan Liga Super setakat ini sudah pasti menjadi bekalan terbaik untuk bekas striker kebangsaan Cameroon ini mempamerkan bisanya.

Kekuatan s3rangan KDA FC juga dijangka meningkat dengan kehadiran dua lagi pemain import terbaru dalam pasukan – Mahmoud Al-Mardi dari Jordan dan Sanrawat Dechmitr dari Thailand yang diumumkan sebelum skuad Sang Kenari bertolak ke Bali.

Saya mengidamkan jaringan di pentas Piala AFC ini kerana bagi sorang striker, sudah pasti mencetak seberapa banyak gol adalah impian utama.

Itu adalah sasaran semua striker di bahagian paling hadapan, namun hantaran gol untuk membantu pasukan mendapatkan gol juga perkara penting kerana misi semua pemain KDA FC adalah memastikan pasukan dapat mencapai kemenangan.

sumber:- BH

“Hanya kemenangan sahaja hadiah terbaik yang dapat kami berikan kepada semua penyokong yang sentiasa menanti dan mengharapkan kejayaan kami pada saingan tertinggi ini,” kata Wanja.