Kedudukan striker Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah belum pasti sama ada bakal meninggalkan pasukan ataupun sebaliknya.
Ini kerana pemenang Kasut Emas Liga Perdana musim lalu itu dikatakan bakal menyarung jersi skuad Kuala Lumpur City FC (KL City FC) secara pinjaman ketika jendela kedua perpindahan pemain berbaki tiga hari lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya ada menerima permohonan daripada pengurusan KL City FC untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Ghana itu.
Bagaimanapun, setakat ini pemain import itu belum dilepaskan kerana masih lagi di peringkat rundingan melibatkan beberapa perkara.
Memang pihak pengurusan KL City FC berminat mendapatkan Mintah, tapi kita belum lagi membuat keputusan kerana banyak aspek perlu diperhalusi.
Setiap permohonan akan dibawa dalam jawatankuasa teknikal kemudian baharu kita meletakkan terma dan syarat untuk rundingan bersama pemain.
Sekiranya kata sepakat diperolehi, proses seterusnya pula akan dibuat dan jika kelab berkenaan setuju dengan terma dan syarat diberi, baharulah pemain terbabit boleh didaftarkan.
“Jadi berkaitan Mintah yang dikhabarkan akan menyarung jersi skuad The City Boys, ianya dalam peringkat rundingan secara lebih lanjut sebelum jendela kedua ditutup pada Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi.
sumber:- HM
Terdahulu tular dalam laman sosial,striker s3nsasi TFC II yang muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan meledak 16 gol bakal mengucapkan selamat tinggal kepada skuad The Turtles itu.