sukan

Saham beliau Melonjak musim ini

Meraih gelaran terbaik perlawanan menjadi azimat berharga buat pemain tengah Melaka United (MU), Mohd Syukri Baharun untuk melonjak kecemerlangan pasukan terbabit musim ini.

Dia jelas mengakui amat terharu dinobat pemain terbaik ketika berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Sabtu lalu yang berakhir seri tanpa jaringan.

Apapun, semuanya pembakar semangat buatnya untuk tampil lebih matang dalam memenuhi misi pasukan Hang Tuah menduduki sekurang-kurang lima tangga teratas liga.

“Malam itu aksi serba menjadi buat saya. Persembahan kami amat menyakinkan. Semua tahu sebelum ini saya mengalami kec3deraan panjang dan hanya kembali bersama pasukan ketika berdepan PJ City dan membantu kemenangan Melaka,”katanya.

Bagaimanapun, selepas itu liga berehat panjang yang menjejaskan sedikit momentumnya, namun ia digunakan untuk memantapkan persembahannya selain membentuk keserasian bersama rakan sepasukan ketika sesi latihan.

Syukri berkata, apa yang melegakan kecederaan groin dialami sudah tamat dan dia kini ingin terus membantu meningkatkan kecemerlangan pasukan terbabit yang belum pernah tewas di bawah bimbingan ketua jurulatih Mohd Asri Ninggal.

Apa yang pasti pemain muda yang menyerlah bersama skuad Piala Belia dan Piala Presiden Sabah yang dinaikkan pangkat ke skuad utama Sang Badak oleh ketua jurulatih ketika itu, Kurniawan Dwi Yulianto, kini dilihat mampu mencipta nama bersama pasukan Hijau Putih.

sumber:- HM

Ia berikutan anak kelahiran Kunak terbabit kini menjadi antara pilihan utama Asri untuk mengemudi skuad berkenaan bersama pemain import, Sony Norde dan Adriano Narcizo selepas persembahan membanggakan setakat ini.