sukan

Tiga Import baharu Perak Bukan Biase-biase

Perak FC hari ini sah mengikat tiga import baharu bagi memperkuatkan lagi pasukan itu untuk mengharungi sembilan baki perlawanan saingan Liga Perdana musim ini.

Tiga pemain import baru yang menjadi sandaran skuad The Bos Gaurus ialah Stipe Plazibat dari Croatia; Luciano Guaycochea (Argentina); dan Sunday Kolawole Afolabi (Nigeria).

Pengerusi XOX Berhad, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi bagaimanapun enggan mendedahkan nilai perpindahan tiga pemain itu selain berkata kontrak yang dipersetujui adalah sehingga penghujung tahun 2022 sebelum kemungkinan diperbaharui semula untuk tahun seterusnya.

Abdul Azim berkata, kini matlamat yang diharapkan adalah bagi menamatkan sembilan perlawanan yang masih berbaki dalam saingan Liga Perdana dengan berjaya tersenarai dalam kelompok lima pasukan terbaik bagi melayakkan Perak FC beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2022.

Ramai ejen pemain import cuba mendekati kita namun di peringkat pengurusan kita bersama dengan ketua jurulatih Yusri Che Lah buat penapisan mengikut kepada keperluan dan dari situ kita pilih tiga yang terbaik.

“Bermula dengan menguruskan hal berkaitan kewangan dan pentadbiran, kini tiba masanya pihak pengurusan memantap serta menguatkan pasukan Perak FC dengan menandatangani tiga pemain import bagi menghadapi cabaran dalam baki saingan Liga,” kata Abdul Azim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu ditemui ketika majlis pengenalan pemain baru serta menandatangani kontrak mereka di Menara SSI, Jalan Sultan Idris Shah, di sini, hari ini. Hadir sama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin.

Plazibat, 32, bermain di posisi striker (striker) dan pasukan terakhirnya adalah Academica Clinceni dari Romania.

Luciano, 30, beraksi di posisi tengah (attacking midfielder) dan pasukan terakhirnya adalah Oriente Petrolero dari Bolivia.

sumber:- BH

Afolabi, 22, beraksi di posisi tengah dengan pasukan terakhirnya sebelum ini adalah Puchov dari Slovakia.