sukan

Bangladesh berjaya tebus kekalahan lalu dengan Malaysia

Kekalahan skuad lelaki Bola Sepak Bangladesh ditangan Malaysia pada kelayakan Piala Asia 2023 berjaya di tebus oleh Skuad Bola Sepak Wanita selepas memb3lasah skuad wanita Malaysia 6-0.

Pada perlawanan di Stadium Bir Sherestha Shaheed Shipahi Mostafa Kamal, Dhaka itu, skuad Malayan Tigress kendalian Jacob Joseph membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan pemain-pemain utama seperti Steffi Kaur dan Jessica Susanne.

Namun, pasukan tuan rumah bermula garang apabila meraih gol seawal minit ke-10 hasil sepakan penjuru yang berjaya disudahkan oleh Mossamat Akhi Khatun.

Bangladesh yang berada di ranking ke-146 dunia terus gha!rah membvru gol dengan memanfaatkan peluang terhidang yang disempurnakan oleh Sabina Khatun pada minit ke-25.

Mossamat membuktikan ketajaman selaku striker berb!sa tuan ruman apabila menambah dua gol (minit ke-29 dan m-44) sekali gus melengkapkan jaringan hatrik sebelum berakhir babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad negara berusaha untuk bangkit tetapi Bangladesh pula semakin rancak menambah gol kelima hasil jaringan Monika Chakma pada minit ke-66.

Pasukan tuan rumah yang dikendalikan oleh Gollam Robbani melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol terakhir menerusi l3dakan Srimoti Krishnarani berselang lapan minit kemudian dan keputusan 6-0 kekal sehingga wisel penamat.

Skuad negara akan bertemu Bangladesh sekali lagi pada aksi persahabatan kedua Ahad ini sebelum berlepas me Filipina untuk mengharungi kejohanan Piala AFF Wanita 2022.

Skuad kebangsaan yang menduduki ranking ke-85 dunia akan memulakan kempen di Manila men3ntang Singapura pada 4 Julai, manakala Indonesia (6 Julai), Filipina (8 Julai), Thailand (10 Julai) dan Australia (12 Julai).